Sunday, 11 November 2018 02:41 Published in Pemadanan Perniagaan

Agensi : Tekun Nasional

Kategori Entri : Sokongan Perniagaan

 

Keterangan

Sehingga kini terdapat 14 Pusat Pembangunan Usahawan di pelbagai lokasi strategik di seluruh negara. Fungsi pusat ini ialah 

  • Memberikan maklumat mengenai peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam usaha melahir dan memajukan usahawan di negara ini serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
  • Memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan (business opportunities) dan penjanaan pendapatan (income generating activities) yang boleh diceburi oleh masyarakat bumiputera dari kawasan sekitarnya.
  • Menjadi Pusat Rujukan, Perkhidmatan dan Sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
  • Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan (networking) dikalangan para usahawan yang sediada di kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat untuk berbagai aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.