Tuesday, 30 October 2018 07:15 Published in Pensijilan

 

Agensi : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(JHEAT)

Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Keterangan

1-Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (]HEAT) adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelih setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Negeri Terengganu.

2-Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Malaysian Standard (MS) 1500:2004 Makanan Halal - Pengeluaran, Pengendalilan dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3-Kategori pengesahan Halal ialah : 
   3.1. Produk Makanan dan Barang Gunaan. 
   3.2. Premis Makanan dan Minuman. 
   3.3. Rumah Sembelih.

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.