Agensi : SME Corp
Kategori Entri : Sokongan Bisnes
Keterangan
DFTZ adalah inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan eksponen pertumbuhan ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan. DFTZ telah ditubuhkan untuk memudahkan perdagangan rentas sempadan yang lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barang mereka dengan keutamaan untuk eCommerce.
DFTZ mempunyai tiga komponen :
eFulfilment Hub: Untuk membantu PKS / perniagaan dalam mengeksport barangan mereka dengan mudah, dengan bantuan penyedia perkhidmatan pemenuhan utama;
Hub Perkhidmatan Satelit: Untuk menghubungkan PKS / perniagaan dengan pemain terkemuka yang menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan, pemenuhan mil terakhir, insurans dan perkhidmatan lain yang penting dalam perdagangan rentas sempadan;
Platform eServices: Untuk menguruskan cekap kargo dan proses lain yang diperlukan untuk perdagangan rentas sempadan.
Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |
Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan
Keterangan
Matlamat penubuhan Agro Bazaar Kedai Rakyat adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani kecil dan masyarakat kampung di samping menjual barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.
DEFINISI
Agro Bazaar Kedai Rakyat adalah premis perniagaan runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf bagi menjalankan perniagaan menjual hasil-hasil pertanian keluaran masyarakat kampung dan barangan keperluan harian dengan menawarkan harga berpatutan, menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam di seluruh negara.
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |
Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan
Keterangan
Projek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara.
Projek GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan pasaran buah-buahan tempatan.
Strategi ini memberi kesan pada isu lambakan buah-buahan terutamanya bagi buah-buahan bermusim di kawasan pengeluaran tertentu dapat diminimakan dengan jualan secara terus ke outlet GBBS.
Kelayakan Perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan
Masih Dibuka |
Keterangan
Program Motosikal Tiga Roda (M3R) dibangunkan bertujuan mengatasi masalah lebihan hasil pertanian di kawasan luar bandar dan isu kenaikan harga barangan keperluan asas. Hasil-hasil pertanian yang dikumpul oleh usahawan peraih akan dijual kepada pengusaha Agro Bazaar Kedai Rakyat, Usahawan Pasar Tani, Usahawan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan outlet runcit yang lain. Usahawan M3R berperanan mewujudkan jaringan pemasaran dari petani terus ke Agro Bazaar Kedai Rakyat, Gerai Buah-Buahan Segar, Pasar Tani dan outlet runcit yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran.
Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |
Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan
Keterangan
FAMA menyediakan tapak pasar tani kepada usahawan pertanian yang ingin memasarkan terus hasil keluaran kepada pengguna.
Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |
Agensi : SME Corp Malaysia
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan
Status permohonan :
Masih Dibuka |
Keterangan:
Program Mentor PKS adalah untuk membangun dan meningkatkan keupayaan PKS tempatan di dalam industri makanan dan minuman Halal.
Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Siapa yang patut hadir?
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |
Agensi : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan
Keterangan
YEDP adalah program bimbingan khas selama tiga tahun bagi usahawan belia yang ingin menerokai pasaran antarabangsa / eksport. Penyertaan program adalah melalui jemputan dari MATRADE. Syarikat yang terpilih dikenalpasti melalui profil syarikat yang dihantar, penyertaan dalam program-program perdagangan, dan rujukan daripada agensi kerajaan. Syarikat akan dinilai dari segi kesediaan dan keupayaan eksport syarikat, pengurusan serta keupayaan kewangan syarikat.Oleh kerana penyertaan yang menggalakkan daripada usahawan untuk menyertai program ini, penyertaan adalah terhad kepada 12 perniagaan pada setiap pengambilan. Pemilihan ke dalam program ini adalah berdasarkan merit dan konsensus ahli - ahli Jawatankuasa Unit Pembangunan Pengeksport Baru.
Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini. |