Wednesday, 07 November 2018 04:31

KEUSAHAWANAN PERUNCITAN - GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS )

Written by

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Kategori Entri : Sokongan Perniagaan

 

Keterangan

Projek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara. 

Projek GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan pasaran buah-buahan tempatan. 

Strategi ini memberi kesan pada isu lambakan buah-buahan terutamanya bagi buah-buahan bermusim di kawasan pengeluaran tertentu dapat diminimakan dengan jualan secara terus ke outlet GBBS.

Kelayakan Perniagaan

  • Syarikat Berhad
  • Milikan Tunggal
  • Individu

Kelayakan Mengikut Negeri

  •  Semua Negeri

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.
Wednesday, 07 November 2018 03:44

KEUSAHAWANAN PERUNCITAN (M3R) - MOTOSIKAL 3 ROD

Written by

 

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Kategori Entri : Sokongan Perniagaan

 

Masih Dibuka

 

Keterangan

Program Motosikal Tiga Roda (M3R) dibangunkan bertujuan mengatasi masalah lebihan hasil pertanian di kawasan luar bandar dan isu kenaikan harga barangan keperluan asas. Hasil-hasil pertanian yang dikumpul oleh usahawan peraih akan dijual kepada pengusaha Agro Bazaar Kedai Rakyat, Usahawan Pasar Tani, Usahawan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan outlet runcit yang lain.  Usahawan M3R berperanan mewujudkan jaringan pemasaran dari petani terus ke Agro Bazaar Kedai Rakyat, Gerai Buah-Buahan Segar, Pasar Tani dan outlet runcit yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

  • Akses Pasaran
  • Bantuan Peralatan
  • Khidmat Nasihat
  • Pemadanan Perniagaan
  • Pemasaran & Promosi

 

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.
Wednesday, 07 November 2018 02:48

KEUSAHAWANAN PERUNCITAN - PASAR TANI

Written by

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan  

 

Keterangan

FAMA menyediakan tapak pasar tani kepada usahawan pertanian yang ingin memasarkan terus hasil keluaran kepada pengguna.

 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

  • Akses Pasaran
  • Khidmat Nasihat
  • Pemadanan Perniagaan
  • Pemasaran & Promosi

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.
Wednesday, 07 November 2018 01:07

PROGRAM MENTOR PKS

Written by

Agensi : SME Corp Malaysia

Kategori Entri : Sokongan Perniagaan 

Status permohonan :

Masih Dibuka

 

Keterangan:

Program Mentor PKS adalah untuk membangun dan meningkatkan keupayaan PKS tempatan di dalam industri makanan dan minuman Halal.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

  • Khidmat Nasihat
  • Akses Pasaran
  • Program Mentor
  • Peningkatan Keupayaan

Siapa yang patut hadir?

  • Pemilik Perniagaan
  • Pengarah Urusan / Pengurus Besar
  • Pengurus / Eksekutif
Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.
Wednesday, 07 November 2018 00:59

PROGRAM PEMBANGUNAN PENGEKSPORT BELIA (YEDP)

Written by

Agensi : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)

Kategori Entri : Sokongan Perniagaan

 

Keterangan

YEDP adalah program bimbingan khas selama tiga tahun bagi usahawan belia yang ingin menerokai pasaran antarabangsa / eksport. Penyertaan program adalah melalui jemputan dari MATRADE. Syarikat yang terpilih dikenalpasti melalui profil syarikat yang dihantar, penyertaan dalam program-program perdagangan, dan rujukan daripada agensi kerajaan. Syarikat akan dinilai dari segi kesediaan dan keupayaan eksport syarikat, pengurusan serta keupayaan kewangan syarikat.Oleh kerana penyertaan yang menggalakkan daripada usahawan untuk menyertai program ini, penyertaan adalah terhad kepada 12 perniagaan pada setiap pengambilan. Pemilihan ke dalam program ini adalah berdasarkan merit dan konsensus ahli - ahli Jawatankuasa Unit Pembangunan Pengeksport Baru.

 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

  • Akses Pasaran
  • Khidmat Nasihat
  • Pemasaran & Promosi

 

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.
Page 3 of 3