Wednesday, 02 January 2019 03:36

Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia

Written by
Rate this item
(0 votes)

Agensi : Amanah Ikhtiar Malaysia

Kategori Entri : Pembiayaan

Keterangan :

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMINJAM ( Menjadi SAHABAT AIM )

1. WARGANEGARA MALAYSIA (mempunyai MYKAD) yang berumur 18 tahun ke atas.

2. HAD KELAYAKAN PENDAPATAN isi rumah ialah RM3,855 dan per kapita RM838

PROSEDUR KEAHLIAN AIM

1. Bakal ahli yang layak menyertai AIM, perlu menubuhkan KUMPULAN (5 org) sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai dan bertanggungjawab.

2. Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib selama 5 hari ( 1 setengah jam sehari ). Ini bagi memberi kefahaman mengenai peraturan dan syarat-syarat AIM.

3. Semua ahli kumpulan perlu menyertai pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau SAHABAT akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat akan diadakan di tempat awam seperti di Balai Raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urusniaga (proses pinjaman) diadakan di Mesyuarat Pusat.

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh didapati di sini.
Read 931927 times Last modified on Sunday, 06 January 2019 08:32
More in this category: « BizSME

512417 comments

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.